Kenapa dipanggil Serban Tok Aji ??? Entahla..., kuih yg serupa macam seri muka tapi tak letak pandan dan gunakan banyak telur. Tapi sebenarnya, saya tak la suka sangat dengan kuih ni, saje buat sebab cik Abe org Ganu, memang suka kuih ni....
Bahan-bahan :
Utk lapisan pulut
2 cawan beras pulut + 3 cawan santan cair + sedikit garam
Ditanak dulu dalam periuk hingga masak. Bila dah masak, masukkan dalam loyang yg dilapik dgn plastik. Tekan-tekan dgn plastik supaya padat dan kemas.
Utk Lapisan Kepala
6 - 7 biji telur
1 1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah atau gula melaka
garam
Panaskan kukusan.
Kacau sebentar dan masukkan perlahan ke atas pulut tadi dan terus dikukus 20 - 30 minit.
Sejukkan dahulu, baru dipotong.
No comments:
Post a Comment