Menu berbuka hari ke-18, simple sgt..., buat bubur lambuk dan Apam Yogurt utk hantar ke masjid.... Makanan lain ialah Mc Donald. Penat dan malas nak masak lain....
Resepi ni asalnya drp Rima, ttp saya ambil drp blog Secubit Garam yg telah diubahsuai sikit jumlah gulanya...
Bahan-bahan :
(kita akan dapat lebih kurang 35 biji apam...)
1 cawan gula
2 cawan tepung
1 camt double action baking powder
1 camt ovalette
1 cawan plain yogurt
2 biji telur
1 camt esen vanilla
Utk Pewarna di atas
Pewarna biru atau lain2
Pes coklat + 1 camt serbuk koko.
Air kukusan dipanaskan dgn api yg besar.
Semua bahan kecuali bhn pewarna di campurkan dan diputar dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi kembang dan putih.
Ambil 5 sudu utk diletakkan warna yg disukai atau campur dgn pes coklat + koko.
Adunan yg lain, dimasukkan dlm piping bag dan diisi ke dalam mangkuk kecil. Adunan yg berwarna dipaipkan sedikit diatasnya.
Kukus selama 10 minit dgn api yg kuat.
Assalamu'alaikum...
ReplyDeleteIzin..
Tepung yg di maksud disini tepung ap ye sist?
Assalamu'alaikum...
ReplyDeleteIzin..
Tepung yg di maksud disini tepung ap ye sist?