iklan

Lauterbrunnen

Monday 12 August 2013

Sardine Roll






Lama dah tak update blog... 

Selamat Hari Raya semua..., hari ni dah raya yang ke-5. 

Pagi ni buat sardine roll drp roti sahaja. Agak banyak gak buat, dekat 2 bantal roti gardenia yg panjang. Boleh buat buka puasa petang nanti dan yg lain simpan frozen utk digoreng masa2 akan dtg...

Untuk resepi ini kita akan dapat sebanyak 33 biji kuih,

Penyediaan Inti Sardin

1 tin Sardin yg besar
1 biji bawang besar potong dadu
1 ulas bwg putih dicincang
1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah dicincang.

Tumis bawang dan cili hingga naik bau. Masukkan isi ikan sardin yg di hancurkan. Gaul rata dan masukkan separuh sos tomato drp sardin tadi. Masak hingga kering sedikit.






Penyediaan Sardine Roll

33 keping roti sandwich
3 biji telur
inti sardin
1 mangkuk serbuk roti
minyak utk menggoreng
Gam tepung gandum ( 2 sudu tepung gandum + 1/4 cwan air )

1. Roti dicanai hingga nipis.
2. Letakkan inti, digulung dan digam dgn gam tepung gandum








3. Celup dalam telur yg dipukul sedikit.



4. Golekkan dalam serbuk roti.



5. Goreng dalam minyak panas...





Atau kalau nak simpan...., secara frozen...




No comments:

Post a Comment