iklan

Lauterbrunnen

Monday, 16 September 2013

Mee Kari..



Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning
Bahan perencah seperti 1/2 ekor ayam yg dipotong kecil @ 1/2 kilo udang atau kerang (ikut nak bubuh apa...)
1 biji bawang besar + 4 ulas bawang putih + 1 in halia di mesin halus
3 sudu cili mesin
5 sudu rempah kari daging
1 btg serai dan sedikit lengkuas di ketuk.
rempah 4 sekawan
1 keping asam jawa
Fish ball / Fish Cake/ tauhu kembang

Bahan hiasan :
Sayur2 seperti tauge, sawi dan kobis - dicelur
Daun sup/ bawang
Bawang goreng
limau kasturi
Cili merah / hijau potong

Cara-cara :

Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis, masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bahan mesin, serai dan lengkuas, goreng hingga naik bau.
Masukkan rempah kari, dikacau sebentar dan dimasukkan ayam. Kacau mesra dan masukkan air 2 liter.
Biarkan mendidih dan masak. Masukkan segala ball dan tauhu.
Sesuaikan rasa.





No comments:

Post a Comment