iklan

Lauterbrunnen

Thursday 8 January 2015

Kimchi


Bahan-bahan

1 biji kobis panjang - potong ikut suka, saya x suka besar2, so sy potong dalam 1/2 inci...



1 btg carrot - sy sagat halus
2 pokok kucai- potong 1 in
1 biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu garam halus
3-4 sudu serbuk cili

Bahan bubur

1/4 cawan tepung beras + 1/4 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula
2 cawan air

Masak hingga pekat, dan biarkan sejuk.

Bahan Bubur


Cara membuat :

1) Kobis yang siap dibasuh dan dipotong, ditaburkan garam dan digaul rata. Biarkan hingga 4 jam. Selepas 4 jam, basuh dan bilas 2 - 3 kali dan perahkan sedikit kobis tu.

2) Sementara itu, bahan bubur + serbuk cili dan kacau sebentar.

3) Letak semua kobis, carrot, daun kucai dan bawang dalam besen besar, gaulkan dengan bahan bubur dan cili tadi. Gaulkan rata supaya semua bahagian kena.

4) Masukkan dalam bekas dan biarkan di luar dahulu sehingga kimchi kelihatan berbuih sedikit.
Masa ni pun dah boleh makan. Saya lagi suka kimchi yang belum masam...

5) Lepas tu baru simpan dalam peti ais...




No comments:

Post a Comment