iklan

Lauterbrunnen

Thursday 9 August 2012

Mee Bandung


Menu berbuka utk semalam, puasa hari ke-19...., Mee Bandung dan Kuih Sari Ayu



Bahan-bahan :

1 bungkus Mee Kuning
10 ekor udang, sotong ....
200 gm daging potong nipis atau tulang dan rebus hingga empuk
4 sudu bawang merah mesin
1 sudu bawang putih mesin
4 sudu cili mesin
1 genggam udang kering di rendam dan dimesin halus
6 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
3 biji telur
sayur2 seperti kobis panjang, sawi dan carrot
bawang goreng dan daun saderi/sup utk tabur atas

Cara-cara membuat :

1 Tumis bawang dan cili hingga garing,
2 + sos tomato sos tiram dan air rebusan daging. Kuantiti kuah ikut kesukaan....
3 + udang dan udang kering.
4 Bila kuah dah mendidih, pecahkan telur dan jgn dikacau..., biar hingga telur masak sebentar.
5 + sayur, gula dan garam, (mee bandung perlu manis sikit, so masukkan dlm 2 sudu gula...)
6 + mee, kacau sebentar sahaja dan boleh dihidangkan dgn taburan bwg goreng dan daun sup/saderi.








No comments:

Post a Comment