iklan

Lauterbrunnen

Sunday, 15 January 2017

Pau gebu...




Bahan-bahan :

500 gm tepung pau
1 cawan air
1/4 cawan minyak jagung
1/2 paket atau 2 sudu the yis
1 sudu susu pekat
1 sudu makan gula
1 sudu teh' garam
1 sudu teh' baking powder

Cara-cara :

1. campurkan semua bahan kecuali tepung, baking powder dan minyak, ke dalam mangkuk. Tunggu 5 minit hingga nampak yis berbuih.

2. Masukkan tepung dan baking powder dan start uli. Masukkan minyak.

3. Uli hingga adunan tidak lagi melekat di mangkuk. Uli dalam 15 minit. Tutup dan biarkan doh 20 minit.

4. Timbangkan doh dalam ukuran 45 - 60 gm, isikan inti dan letak pelapik.

5. Biarkan pau naik sedikit lagi. Jangan biar terlalu lama. Biarkan dalam 15 minit macam tu sahaja.

6. Sediakan kukusan dan kukus bila air telah mendidih. Kukus selama 10 minit sahaja.




Sunday, 1 January 2017

Donut gebu lembut...



Dapat resepi ni drp fb group Meroti Irfan... tq so much... byk perkongsian resepi secara percuma... Irfan pun ade buat kelas...

Saya hanya buat separuh adunan dan dpt dlm 9 ke 10 biji donut...

Bahan -bahan...

200 gm tpg roti
50 gm tpg gandum
5 gm yis
30 gm gula castor
25 gm shortening
13 gm telur
1 sdt garam

150 gm air petisejuk + 3 ke 4 ketul ais

Cara- cara

Saya guna BM...
Bhn kering di gaul rata.
Masukkan shortening. Gaul lagi.
Masukkan air ais dan uli hingga elastik....

Biarkan 10 minit... dan start mencetak... sy biar lg 10 minit, panaskan minyak dan goreng...




Sunday, 18 September 2016

Roti Bun






Buat roti untuk bujang bawak balik asrama....

Bahan-bahan :

400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum / tepung superfine
180 ml susu / air
1 biji telur dipukul sedikit
2 sudu teh yis
4 sudu gula
1 sudu garam
4 sudu water roux
2 sudu butter

Cara-cara :

A : Buat water roux

2 sudu tepung gandum + 1 cawan air - masak hingga jadi jelly / pekat keputihan.

B : Air yis

ambil mangkuk mixer, masukkan yis + air + gula + 3/4 telur - biarkan 10 minit. Tengok yis berbuih atau tidak.

C: Masukkan tepung dalam mangkuk B + water roux + garam, dan adun dengan mixer selama 5 minit.

Masukkan butter dan teruskan menguli selama 15 minit.



Yang penting kita uli hingga doh menjadi mcm cermin bila kita tarik. kita ambil sedikit doh dan bila kita tarik doh, doh tidak putus dan boleh menipis. Kena biar sehingga tahap itu, baru roti jadi lembut nanti.

Tutup bekas dengan plastic cling wrap. Biarkan rehat 1 jam.

Untuk deko, anggaran berat doh ialah 40 - 50 gm.

Selepas itu, biarkan 1 jam lagi dalam keadaan tertutup, jangan biar doh kena angin, nanti kering permukaan roti.

Sapukan permukaan roti dengan baki 1/4 telur tadi + susu. taburkan bijan. Buat 5 minit sebelum roti dibakar.

Panaskan oven 180 C, bakar dengan api atas bawah + kipas selama 10 minit. Sambung dengan api bawah lagi 6 minit.

Lepas dah angkat, sapukan butter di permukaan roti.



Saturday, 30 July 2016

Pizza Lembut Overnight Dough


Resepi ni biasa je kot, tapi sebab simpan lama dalam peti ais, maka ia jadi sedikit berbeza daripada yang biasa aku try.

Pizza nya lebih lembut...

Bahan-bahan :

4 cawan tepung roti
1 1/2 cawan air suam
1 paket yis
1 sudu teh garam
3 sudu minyak zaitun
1 sudu gula

Cara-cara

Air + gula + yis. Biar hingga berbuih.
Masukkan tepung dan minyak zaitun, dan uli sebentar.

Bulatkan doh dan masukkan dalam bekas dan lumur sedikit minyak zaitun. Tutup dengan cling wrap. dan masuk kan dalam peti ais. Biarkan 24 jam atau beberapa jam. Aku just biarkan dalam 7 jam shj.

Bila kita ready untuk makan, keluarkan dough setengah jam awal.
Panaskan oven, suhu 200 C.
Doh dibahagi 2 dan ditepek menjadi bulat. Letakkan sos pizza, dan bahan lain seperti lada capsicum, bawang besar, nenas, ayam yang di masak dahulu, sosej dll.

Taburkan parmesan Cheese, dan bakar selama 15 minit.

Roti Bun




Bahan-bahan :


A : Air yis

2 cawan cecair : susu full cream + 1 biji telur / air biasa / susu cair
3 sudu teh yis
3 sudu gula

B : Bahan kering

5 1/2 cawan tepung roti
1 cawan tepung gandum / tepung superfine

2 sudu water roux ( 1 1/2 sudu tpg gandum + 1/2 cwn air, masak hingga pekat)
3 sudu butter


Campur bahan A, dan biar sehingga kelihatan berbuih. Dalam 10 minit.

Campurkan tepung dalam air yis tadi, dan putar dgn BM atau mixer hingga dapat doh ( dalam 10 - 15 minit)
Masukkan butter dana water roux, teruskan uli lagi 15 minit hingga doh menjadi licin.

Tutup kan bekas dengan plastik wrap. Biarkan hingga naik sekali ganda, dalam 1 jam.

Selepas itu, kita boleh la mendeko roti dengan meletak inti yang digemari...

Selepas mendeko, perapkan roti dalam 1 jam lagi. Tutup permukaan roti dengan palstic wrap atau tuala.

Sebelum bakar, sapukan dengan telur + sedikit susu.

Bakar dalam suhu 190 C selama 15 - 20 minit.

10 minit pertama bakar dengan api atas bawah. lagi 5 minit, gunakan kipas supaya serata warna roti.




Sunday, 3 July 2016

Samperit Susu




Resepi mudah...

400 gm tepung jagung
100 gm tepung kastard
50  gm tepung ubi
1/2 tin Susu pekat
250  gm butter

Cara membuat :

Butter dikacau dengan Susu hingga sebati. Tak perlu guna mixer, cukup kacau dengan senduk kayu.

Masukkan tepung Dan uli sebati.

Masuk dlm acuan samperit Dan letak coklat nibs.

Bakar 170C selama 15-20 minit.




Sunday, 14 February 2016

Churros


Baru ada kesempatan nak cuba.....

Memang sedap rasanya, lemak2 rangup... yang ni versi malas, tabur gula icing je, takde dip coklat pun... mula-mula buat guna nozzle bintang, tapi yang ade saiznya kecik.... lambat benor nak habis.
Sudahnya tak payah nozzle, gunting je hujung piping bag....




Bahan-bahan :

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 biji telur

2 cawan air
2 sudu butter
2 sudu gula pasir
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :

1. Dalam periuk, panaskan minyak + garam + gula + butter hingga mendidih.

2. Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam periuk apabila air sudah mendidih, kacau segera. Atau masukkan sedikit demi sedikit sebab adunan mudah bergentel. Masak seketika dalam 2 - 3 minit lagi.

3. Tutup api.

4. Pecahkan telur dan kacau sebentar. Masukkan dalam adunan tepung tadi dan kacau segera.

5. Biarkan sebentar hingga agak sejuk sekejap sebelum dipaip dalam piping bag bentuk bintang terus ke dalam minyak yang dipanaskan.

6. Semasa mula paip adunan, kecilkan api. bila dah agak penuh kuali, baru letak api sederhana. Takut hangus semasa proses paip adunan.

7. Goreng hingga kekuningan. Saya makan dengan taburan gula icing sahaja.






















Friday, 12 February 2016

Ayam Masak Bali...






Resepi ni saya cuba lepas lihat ramai orang share di FB. Pemunya sebenar nya dah tak ingat. Tapi terima kasih banyak, resepi yang sedap dan senang membuatnya. Tak perlukan bahan yang banyak.

Bahan-bahan :

1/2 ekor Ayam potong kecil, dikunyit garam dan digoreng hingga 3/4 masak.
4 btg serai dititik
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 tangkai daun kari
kicap secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :

Blend cili kering dan bawang besar + bawang putih.
Panaskan minyak, dan masukkan serai dan daun kari dulu. Gorengkan sebentar.
Tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
Masukkan kicap hingga warna agak gelap sedikit.
Sesuaikan rasa, letak 1 sudu gula.

Jika terlalu pekat, letak 1/2 cawan air dan biarkan sebentar.
Masukkan ayam tadi, gaul rata dan hidang...






Butter Chicken

Makanan yang simple tapi sedap...

Bahan-bahan :

Bahagian A : goreng ayam

1 mangkuk Isi ayam potong kecil-kecil
1 biji telur
1/2 sudu rempah kari
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam
1 sudu tepung gandum + 1 sudu tepung jagung
Minyak untuk menggoreng.

Campur semua bahan kecuali tepung. Gaul rata dan perapkan sekejap.
Panaskan minyak, golekkan ayam perap tadi dalam tepung dan goreng hingga garing.

Bahagian B : Sos Butter

2 sudu butter
5 ulas bawang putih cincang
3 tangkai daun kari
7- 10 biji cili padi potong halus
1/2 kiub pati ayam
1 cawan susu cair

Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan kiub pati ayam.
sesuaikan rasa, letak sedikit gula.
Masukkan ayam yang digoreng tadi.
Biarkan ada sedikit kuah yang agak pekat, kalau perlu tambah sedikit air.










Tuesday, 20 October 2015

Cinnamon Rolls

Roti yang sangat enak..., makan panas2, tak sedar dah habis berketul2...


 Jika suka lebih Icing Glaze, boleh tambah lagi banyak..., tapi jadi manis sangat...




Bahan-bahan :

4 cawan tepung roti
1/3 cawan butter
1 biji telur
1/3 cawan gula
1 cawan susu
2 sudu teh yis
1 sudu teh garam

Cara membuat roti

Guna BM
Masukkan susu, gula, garam, butter dan telur.
Masukkan tepung.
Taburkan yis di atas tepung.

Uli hingga jadi doh dan biar doh naik 2 kali ganda.

Selepas naik, tumbuk2kan doh dan bagi kpd 2. Bulatkan doh dan rehatkan 10 minit.

Bahan Inti :
4 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan gula perang
4 sudu butter
Semua bahan di kacau dan biar tepi.


Bahan Icing Glaze

1 cawan gula icing
1 sudu butter

Kacau gula dengan butter guna sudu sahaja.
Letakkan air panas 1 sudu dan check kepekatan yang dikendaki. Tambah lagi air panas jika perlu.

Icing Glaze..



 Canaikan bentuk 4 segi...


Bahan Inti...


 Sapukan di keseluruhan permukaan roti...


 Gulungkan... dan potong ukuran 2 inci ...




Biarkan roti naik sekali ganda lagi..., lebih kurang 30 minit.

Bakar dalam suhu 190 C selama 20 minit...



Masak Lemak Cili Padi Udang Galah Rebung & Tempoyak



Bahan-bahan :

20 biji cili padi
2 batang serai
1 biji bawang besar
1 in kunyit hidup
3 sudu tempoyak
1 biji kelapa ambil 1 liter santan
rebung
16 ekor udang galah
1 helai daun kunyit di siat

Cili padi, bawang besar dan kunyit di mesin halus.
Campurkan bahan mesin, santan, serai dititik, tempoyak dan rebung ke dalam kuali dan dimasak. Perlu di kacau sentiasa.

Apabila kuah dah mendidih, masukkan udang dan daun kunyit dan biar seketika sebelum di angkat. Sesuaikan rasa.

Cendawan Goreng Tepung...

Makanan kegemaran Aman...




Bahan-bahan

sebenarnya bahan-bahan yang hendak dicampur, ikut kesukaan rasa kita...

Antara bahan yang saya guna,

Tepung Beras, Tepung Jagung dan Tepung Gandum.... sukatannya boleh sama banyak.

Garam, black pepper, serbuk cili, kunyit serbuk, rempah kari dll.

Telur - dipukul sedikit.

Cara-cara :

Bekas 1 : Semua bahan rempah dan tepung di gaul sebati.
Bekas 2 : Telur yang dipukul sedikit.

Panaskan minyak untuk menggoreng.
Cendawan di siat2 jika besar2, di basuh dan ditoskan.
Celup dalam bekas 2 (telur), toskan sedikit dan golekkan dalam bekas 1 (tepung2) dan terus di goreng dalam minyak panas.

Goreng hingga kekuningan....

Sunday, 5 July 2015

Sambal Tempoyak Petai



Bahan-bahan:

15 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
2 sudu tempoyak
2 batang serai
1/2 in kunyit hidup
15 ekor udang harimau
1 cawan santan
1 helai daun kunyit
1- 2 papan petai yang dibuang kulit

Cara2 :

1. Blend cili padi, bawang besar, 1 batang serai, tempoyak, kunyit hidup.
2. Masukkan dalam periuk, campurkan santan dan petai. Didihkan.
3. Bila kuah sudah elok mendidih dan pekat, masukkan udang. Biarkan sebentar dan tutup api.




Biskut Ala Famous Amos


Biskut raya yang pertama untuk 2015...

Aman kata sedapp... cuba la... resepi mudah dan berbaloi buat. 






Untuk satu adunan, kita boleh dapat dalam 100 keping, untuk saiz biskut yang kecil2... 

Bahan A:

1 ketul butter 250 gm
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula caster
1 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
1 sudu teh esen vanilla

Bahan yang diayak B:

4 cawan tepung Rose atau tepung gandum biasa
1 camt cream of tartar
1 camt soda baking
1 sudu serbuk koko


2 cawan chocolate chips
1 cawan badam cincang

Cara-cara :

1. Bahan A di masukkan ke dalam mangkuk dan digaul rata sahaja dengan senduk kayu.
2. Masukkan bahan B dan sebatikan menjadi doh.



3. Punjutkan sedikit doh. Jangan terlalu besar kerana biskut ini akan mengembang dan meleper. So letakkan doh dalam bentuk bola. Yang paling baik, test dahulu saiz dan rupa doh.

4. Bakar pada suhu 160-170 C selama 12 - 15 minit.










Utk 2 adunan, kita akan dapat 6 botol yang sederhana.

Sunday, 28 June 2015

Sira Labu dengan periuk Noxxa

Try buat sira labu guna Noxxa..., 3 minit sahaja dengan High Pressure..




Bahan-bahan :

1/2 biji labu saiz kecil dipotong 3

4 sudu gula merah

2 sudu gula putih

1/2 sudu teh garam

2 cawan air

Semua bahan masukkan dalam periuk dan setkan 3 minit untuk High Pressure.

Selepas 3 minit, jika masih banyak air, biarkan seminit untuk Stir N Fry, hingga kuahnya likat..



Homemade Sardine Guna Periuk Noxxa



Bahan-bahan :

6 ekor Ikan Selayang yang dibuang ekor dan kepala
8 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu tomato puree
1 biji tomato dipotong dadu
Minyak untuk menumis

Blend cili kering dan bawang hingga halus.
Gunakan fungsi Stir&Fry. Tumis bahan kisar hingga garing, masukkan tomato puree dan tomato dadu.
Masukkan ikan. Stopkan function periuk. Biarkan sebentar 1 minit.

Setkan ke High Pressure dan masa selama 1 jam. Tutupkan periuk dan letak salur wap ke bhgn Pressure.

Selepas 1 jam, sardine kita dah siap.... tulang2 semua jadi lembut...