iklan

Lauterbrunnen

Friday, 19 July 2013

Daging Goreng Kunyit...

Menu ringkas sahaja..., masak Daging Goreng Kunyit...

Tapi saya punya versi sebab nakkan daging benar2 empuk ( kalau tak betul2 lembut, anak saya kunyah2 pastu nanti dibuang), saya rebus dahulu daging selama 1 1/2 jam...



Bahan-bahan :

1/2 kg Daging dipotong nipis.
1 biji bawang besar
2 biji lada hijau
2 biji lada merah
3 ulas bawang putih
1/2 in halia, potong memanjang nipis
Sayur2 seperti kacang panjang dan kobis bunga
1 sudu teh kunyit serbuk
garam

Cara-cara :

1. Rebus daging dalam 1 - 1 1/2 jam dangan air yg separas daging sahaja. Biarkan mereneh dan kalau daging sudah empuk, boleh besarkan api dan biarkan air daging kering.


2. Gaulkan daging dgn serbuk kunyit dan garam.
3. Dlm kuali yg lain panaskan 3 sudu minyak, tumiskan bawang dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan daging dan sayur2.
5. Masak hingga agak kering.



No comments:

Post a Comment